
Kota Kinabalu: Seorang wanita yang mengadu dirinya mangsa cabul dalam kes membabitkan seorang pemandu, berhasrat untuk menarik balik laporan polis terhadap pemandu itu.
Pengadu berusia 27 tahun (mangsa) memaklumkan Majistret Jessica Ombou Kakayun bahawa dia telah pun pergi ke balai polis untuk membuat satu lagi laporan polis bagi menarik balik laporan terdahulunya berhubung kes cabul terhadap Sanjay Ganth, 42. Menurut pengadu, dia berhasrat menarik balik laporan sebelum ini kerana tidak mahu meneruskan kes itu dan berkata dia tidak akan menyalahkan polis dan pendakwaan berhubung penarikan balik laporannya.
Mahkamah menetapkan hari ini (Jumaat) untuk sebutan semula kes itu.
Sanjay Ganth, didakwa mencabul wanita itu di pejabat unit pengangkutan sebuah hospital di sini pada jam 9.30 pagi 26 Jun 2021.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan, dan juga boleh didenda, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan supaya ikat jamin yang ditawarkan kepada Sanjay dilanjutkan. Peguam Marcel Jude mewakili Sanjay.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


