Cabut Gigi Guna Playar, Ini 10 Fakta Kes Finalis Masterchef Bun*h Pembantu Rumah

LocalEntertainment
25 Jun 2025 • 4:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kes ini melibatkan Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulong, 37, dan bekas suaminya Mohammad Ambree Yunos @ Unos, 44, yang masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 34 tahun selepas disabit bersalah atas pembunuhan Nur Afiyah Daeng Damin, 28, yang berlaku antara 8–11 Disember 2021 di Amber Tower, Kondominium Lido Avenue, Penampang, Sabah

image is not available

1. Laporan Polis dibuat sendiri

Pasangan ini sendiri membuat laporan polis mendakwa pembantu rumah mereka ditemui pengsan selepas mereka pulang dari cuti di Kundasang.

2. Tempoh kejadian & penahanan

Kejadian berlaku antara 8–11 Disember 2021, dan pasangan tertuduh ditahan pada 14 Disember tahun yang sama.

image is not available

3. Kecederaan mengejutkan

Mangsa mengalami lapan kecederaan tisu lembut di mulut serta trauma pada enam gigi hadapan. Dikesan terdapat bukti cubaan mencabut gigi menggunakan playar.

4. Saksi pakar forensik

Dr Norhayati Jaffar dari Hospital Kuala Lumpur mengesahkan bukti paksa mencabut gigi mangsa semasa prosiding.

5. Isu ikat jamin

Etiqah awalnya tidak dibenarkan ikat jamin, namun berjaya dibebaskan atas alasan kebimbangan kesihatan mental dan tanggungjawab menjaga anak kembar autistiknya.

6. Jejak MasterChef

Etiqah merupakan peserta musim kedua MasterChef Malaysia pada 2012 (berusia 34 tahun waktu itu). Bekas suaminya pula bekerja sebagai kontraktor.

7. Rakaman lama tular semula

 

Video lama di YouTube yang memaparkan temu bual ringkas Etiqah semasa program MasterChef kembali tular setelah beliau dijatuhkan hukuman.

8. Pelbagai bentuk penderaan

Mangsa tidak dibayar gaji dan dilarang pulang ke rumah keluarga sepanjang tempoh bekerja.

9. Bukti dari telefon bimbit

Video dan imej penderaan mangsa dirakam melalui telefon tertuduh, dijadikan bukti penting dalam mahkamah .

10. Identiti disahkan melalui gelang

Suami mangsa tidak mengenali wajah mayat mangsa kerana keadaannya yang teruk, namun berjaya mengenal pasti melalui gelang di pergelangan tangan mangsa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 days ago

Bun*h Pembantu Rumah, Finalis MasterChef Malaysia Dan Bekas Suami Dipenjara 34 Tahun, Sebat 12 kali