Cabut Gigi Pembantu Rumah Pakai Playar, Dua Individu Didakwa Kes Pemerdagangan Manusia

31 Jul 2024 • 1:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Mahkamah Sesyen Ampang semalam telah memerintahkan dua wanita membela diri di atas dua pertuduhan memperdagang seorang wanita warga Indonesia.

Difahamkan, wanita warga Indonesia itu telah diambil bekerja sebagai pembantu rumah tanpa permit yang sah, 10 tahun yang lalu.

Ketika membaca keputusan berkenaan, Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob mendapati keterangan menunjukkan mangsa telah dieksploitasi oleh kedua-dua tertuduh.

image is not available

Mahkamah mendapati mangsa bersetuju untuk bekerja sebagai pembantu rumah, bukan untuk dijadikan punching bag.

Dalam prosiding yang sama, seorang daripada tertuduh dilepaskan daripada pendakwaan mendatangkan kecederaan parah dan cubaan membunuh wanita warga Indonesia itu.

Ia setelah wujud pertuduhan wanita itu didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan mencabut 4 gigi mangsa menggunakan playar pada tahun 2014.

image is not available

Mahkamah kemudian menetapkan 19 Ogos ini untuk sebutan kes.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 days ago

"Saya Bukanlah Peguam Yang Sesuai Untuk kes Ini" - Mahmud Jummat #JusticeforZaynRayyan