Cabutan Bertuah Menang RXZ - Dr Akmal Benarkan Makcik Simpan Motor

8 Sep 2026 • 6:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Cabutan Bertuah Menang RXZ - Dr Akmal Benarkan Makcik Simpan Motor

image.pngAkmal Saleh. Gambar Ihsan FB Dr Akmal Saleh.

"RXZ yang akak dapat itu akak ambillah,".

Itu kata, wakil penganjur Karnival Anak Muda,  Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh di halaman Facebook rasminya, sebentar tadi selepas mengambil keputusan untuk mengekalkan kemenangan hadiah utama Yamaha RXZ yang dimenangi seorang wanita berusia 54 tahun pada Ahad lalu walaupun tidak memenuhi syarat kelayakan penyertaan.

Mneurutnya, penganjur pada awalnya menerima aduan sebelum semakan mendapati memang berlaku kesilapan teknikal apabila wanita berkenaan berjaya melepasi proses pendaftaran walaupun had umur ditetapkan antara 18 hingga 50 tahun.

Susulan itu, pihaknya telah menghubungi wanita berkenaan untuk memberikan penjelasan dan selepas berbincang, wanita itu bersetuju untuk memulangkan semula hadiah berkenaan walaupun dalam keadaan berat hati, manakala penganjur pula berjanji memberikan pampasan dalam bentuk wang tunai.

“Jadi, kita ingat dah selesai. Rupa-rupanya, esok paginya bila saya bangun, dah tular. Anak dia rupanya ada kongsi dekat media sosial, cakap seolah-olah macam maknya dizalimi, maknya dimalukan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Isu itu turut berhubung kekeliruan yang berlaku selepas wanita berkenaan memenangi hadiah utama berupa sebuah Yamaha RXZ, namun kemudiannya diminta memulangkan semula motosikal itu.

Pihaknya menegaskan, tiada niat untuk memalukan wanita berkenaan, sebaliknya sebelum kenyataan itu dikeluarkan, wanita berkenaan serta suaminya telah bersetuju untuk menerima pampasan berupa wang tunai.

"Tak apalah, akak dah buat keputusan untuk tak setuju nak bagi dan buat keputusan pula anak dah sebar dalam media sosial, suami pun dah sebar dalam media sosial seolah-olah nak memburukkan kami, kami terimalah.

“Dan kami pun anggap kami pun tak nak panjang cerita ini, RXZ yang akak dapat itu akak ambillah,” katanya.

Bagaimanapun, cabutan bertuah baharu tetap diteruskan hari ini dengan hadiah kemenangan berupa motosikal akan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak.

SUMBER SINAR HARIAN.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved