Isu hadiah cabutan bertuah: ‘Tak apa akak ambillah RXZ itu’ - Akmal Saleh

LocalSales & Promo
8 Sep 2026 • 5:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Isu hadiah cabutan bertuah: ‘Tak apa akak ambillah RXZ itu’ - Akmal Saleh
Akmal bergambar bersama orang ramai yang hadir pada Karnival Anak Muda minggu lalu. Foto SINAR HARIAN/NORAFIZA JAAFAR
Image from: Isu hadiah cabutan bertuah: ‘Tak apa akak ambillah RXZ itu’ - Akmal Saleh
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir pada upacara penutup karnival pada Ahad. Foto SINAR HARIAN/NORAFIZA JAAFAR

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Penganjur Karnival Anak Muda mengambil keputusan mengekalkan kemenangan hadiah utama Yamaha RXZ yang dimenangi seorang wanita berusia 54 tahun pada Ahad lalu walaupun tidak memenuhi syarat kelayakan penyertaan.

Wakil penganjur, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, penganjur pada awalnya menerima aduan sebelum semakan mendapati memang berlaku kesilapan teknikal apabila wanita berkenaan berjaya melepasi proses pendaftaran walaupun had umur ditetapkan antara 18 hingga 50 tahun.

Susulan itu, pihaknya telah menghubungi wanita berkenaan untuk memberikan penjelasan dan selepas berbincang, wanita itu bersetuju untuk memulangkan semula hadiah berkenaan walaupun dalam keadaan berat hati, manakala penganjur pula berjanji memberikan pampasan dalam bentuk wang tunai.

“Jadi, yang ini dah dipersetujui. Bila dah setuju malam, barulah saya buat kenyataan dan keluarkan dekat hantaran dalam Facebook dan TikTok saya bahawa kita mengaku ada masalah kesalahan teknikal. RXZ itu akan dipulangkan dan dibuat cabutan semula.

“Jadi, kita ingat dah selesai. Rupa-rupanya, esok paginya bila saya bangun, dah tular. Anak dia rupanya ada kongsi dekat media sosial, cakap seolah-olah macam maknya dizalimi, maknya dimalukan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

**media[3640489]**

Ketua Pemuda UMNO itu berkata demikian ketika menjelaskan secara terbuka selepas tular berhubung kekeliruan yang berlaku selepas wanita berkenaan memenangi hadiah utama berupa sebuah Yamaha RXZ, namun kemudiannya diminta memulangkan semula motosikal itu.

Pihaknya menegaskan, tiada niat untuk memalukan wanita berkenaan, sebaliknya sebelum kenyataan itu dikeluarkan, wanita berkenaan serta suaminya telah bersetuju untuk menerima pampasan berupa wang tunai.

“Tapi saya tak beritahu wang tunai itu berapa sebab saya nak minta, Yang Amat Berhormat (Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh) umumkan berapa pampasan yang kita nak bagi kepada wanita tersebut bila kita cabut hari ini.

“Jadi saya rasa sangat-sangat bertanggungjawab untuk jelaskan kerana memberikan kesan yang merosakkan nama baik saya dan juga nama baik penganjur iaitu Kerajaan Negeri Melaka.

“Tak apalah, akak dah buat keputusan untuk tak setuju nak bagi dan anak dan suami pula anak dah sebar dalam media sosial,  seolah-olah nak memburukkan kami, kami terimalah.

“Dan kami pun tak nak panjangkan cerita ini, RXZ yang akak dapat itu akak ambillah,” katanya.

Katanya, cabutan bertuah baharu tetap diteruskan pada Selasa dengan hadiah kemenangan berupa motosikal akan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak.

“Kami ini jenis yang akan mengotakan apa yang diperkatakan. Jadi kalau kita dah janji lain, buat lain, jadi nampak tak sedap kan?

“Jadi kepada semua peserta yang hampir dekat 40,000, semua masih ada lagi harapan untuk menang petang ini untuk kita cabut cabutan bertuah. Insya-ALLAH, minggu depan boleh tebus motor itu dekat Seri Negeri,” katanya.

Sementara itu, siaran langsung cabutan semula diadakan jam 4.45 petang di platform Facebook Kerajaan Negeri Melaka.

Cabutan disempurnakan Ab Rauf dengan Nurathiqah Zaidi, 24, dari Bukit Katil diumumkan sebagai pemenang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved