
Mulai 1 Jan 2023, cabutan khas perjudian diturunkan kepada lapan kali setahun, demikian kata-kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sidang media yang berlangsung pada hari ini.
Beliau berkata cabutan khas perjudian telah dikurangkan berbanding 22 kali semasa kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Tambun memaklumkan dirinya hanya akan mengambil satu gaji sahaja dan bukannya dua seperti yang diperkatakan oleh mereka.
“Ada orang kata saya tidak ambil gaji Perdana Menteri, tetapi ambil gaji Menteri Kewangan, itu tidak betul. Gaji cuma satu sahaja,” ujarnya.
Selain itu, Anwar turut berkata kerajaan akan mengambil langkah menyiasat perbelanjaan yang tinggi mencecah RM600 bilion tanpa tender untuk melihat sejauh mana pelanggaran, rasuah atau penyelewengan berlaku.
Kerajaan tidak izinkan cara pembolotan kekayaan tokoh politik terhadap pesawah – PM#AWANInews #KerajaanPerpaduan pic.twitter.com/mrYXbcAQp2
— Astro AWANI
(@501Awani) December 5, 2022
Sumber: Awani
The post Cabutan Khas Perjudian Diturunkan Daripada 22 Kali Ke 8 Kali Setahun – PM appeared first on Siakap Keli.

