
BEAUFORT: Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Ruslan Muharam bercadang mewujudkan sekolah antarabangsa sains tahfiz sebagai sebahagian usaha memperkasa pendidikan Islam dan akademik berprestasi tinggi di Sabah.
Beliau berkata cadangan itu juga bertujuan melahirkan generasi Ulul Albab iaitu pelajar yang menguasai hafazan Al-Quran serta cemerlang dalam bidang sains dan teknologi melalui pendedahan kepada kurikulum antarabangsa.
Menurutnya langkah berkenaan dijangka dapat memenuhi permintaan masyarakat Islam di negara ini khususnya Sabah terhadap pendidikan yang seimbang antara ilmu dunia dan akhirat.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“InshaAllah perbincangan lanjut akan dijalankan untuk menentukan pelaksanaan yang sesuai serta model pentadbiran yang efisien termasuk pengurusannya sama ada melibatkan kerjasama pihak lain atau pun diurus sendiri oleh kerajaan negeri.
“Kita juga akan bawa cadangan ini ke peringkat Kabinet dan saya yakin di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor akan menyokong sekali gus merealisasikan aspirasi ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di program Kem Kembara Keilmuan dan Doa Rakyat Sabah Untuk Palestin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Weston baru-baru ini.
Hadir sama Ulama Dunia dari Syria berketurunan Rasulullah SAW As-Sayyid Sheikh Abdul Shabour Al-Kayyali Ar-Rifaie Al Husaini sebagai penceramah utama bagi program tersebut.
Ruslan berkata pihaknya bercadang menggabungkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dengan elemen tahfiz dan kurikulum antarabangsa seperti Cambridge IGCSE.
Menurutnya penggunaan dwibahasa seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab juga akan diterapkan untuk memastikan pelajar bersedia menghadapi cabaran global.
“Kita turut merancang untuk menempatkan pelajar dari seluruh Sabah dan berpotensi menarik minat pelajar dari luar negeri menjadikannya sebuah institusi pendidikan berasrama penuh yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.
“Fasiliti moden dan persekitaran pembelajaran kondusif juga akan disediakan bagi menyokong perkembangan holistik pelajar.
“Langkah ini selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk memperkukuh sistem pendidikan Islam di Sabah dan menyediakan platform kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam kedua-dua bidang akademik dan agama,” katanya.
Sementara itu, Sheikh Abdul Shabour menyeru seluruh umat Islam khususnya generasi muda supaya menguasai ilmu bahasa Arab kerana ia adalah kunci bagi semua ilmu yang terkandung di dalam Al-Quran.
Katanya agama Islam bersumberkan daripada Al-Quran serta As-Sunnah dan bagi memahami sepenuhnya kedua-duanya adalah melalui pemahaman dan penguasaan bahasa Arab.
“Dengan memahami Al-Quran dan As-Sunnah maka semua bidang ilmu Islam dapat kita perolehi sama ada ilmu dunia atau pun ilmu akhirat kuncinya adalah bahasa Arab,” katanya.

