Cadangan ambil alih kuasa pentadbiran JKSNS dalam pelaksanaan

10 Sep 2023 • 12:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Cadangan pengambilalihan semula kuasa pentadbiran Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS) kini dalam pelaksanaan bagi memastikan kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh mentadbir urus badan tersebut.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, cadangan itu sejajar dengan kandungan Senarai 3 (Kuasa Negeri) Perlembagaan Persekutuan iaitu hal ehwal agama islam adalah di bawah bidang kuasa negeri.

Menurutnya, inisiatif pihaknya itu merangkumi penamatan penyertaan JKSNS dalam Skim Perkhidmatan Guna Sama Pegawai Syariah Persekutuan yang sebelum ini telah mengehadkan kuasa tadbir urus kerajaan negeri.