Cadangan had umur pesalah juvana 15 tahun ke bawah

LocalPolitics
15 Aug 2025 • 1:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Kerajaan disaran mengkaji semula undang-undang membabitkan pesalah juvana serta memperkenalkan langkah baharu bagi melindungi kesejahteraan generasi masa depan.

Timbalan Presiden Persatuan Hal Ehwal dan Perlindungan Pengguna Sabah (Caps), Datuk A. Nagaraju, berkata Akta Kanak-Kanak 2001 yang berkuat kuasa sejak Ogos 2002 bertujuan melindungi hak dan kebajikan kanak-kanak, meliputi pelbagai aspek termasuk penderaan, pengabaian serta penetapan kerangka undang-undang bagi perlindungan kanak-kanak.

Beliau menjelaskan, takrif “kanak-kanak” merujuk kepada individu berusia di bawah 18 tahun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Di Malaysia, kes jenayah yang dilakukan individu berumur bawah 18 tahun dikategorikan sebagai kes juvana, dan jika disabitkan kesalahan, biasanya dihantar ke Sekolah Henry Gurney.

Menurutnya, undang-undang sedia ada tidak lagi sepenuhnya mencerminkan keadaan semasa kerana Caps percaya individu yang sudah layak mengundi sepatutnya cukup matang untuk berfikir serta membuat keputusan, sekali gus tidak lagi wajar dilindungi di bawah undang-undang kanak-kanak.

“Perkara ini perlu dikaji semula agar selari dengan realiti masa kini. Had umur bagi pesalah juvana wajar diturunkan daripada 18 tahun kepada 15 tahun ke bawah.

“Pendekatan lebih bersasar juga akan membolehkan intervensi dan pemulihan dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Menyentuh mengenai kesejahteraan kanak-kanak sebagai generasi masa depan, Nagaraju berkata ibu bapa dan kerajaan perlu menghalang kanak-kanak di bawah umur 16 tahun daripada menggunakan platform media sosial seperti TikTok, Instagram, X, Facebook dan lain-lain.

Katanya, dalam apa jua keadaan, kanak-kanak bawah umur 16 tidak seharusnya memiliki akaun media sosial kerana ia boleh mendatangkan risiko, termasuk mengancam keselamatan mereka.

Jika larangan sedemikian dilaksanakan, ibu bapa yang membenarkan anak mereka mengakses platform berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang, termasuk denda.

“Kita perlu mengembalikan makna sebenar zaman kanak-kanak, dan ibu bapa mesti memberi perhatian serius terhadap isu ini.

“Kerajaan perlu melaksanakan ‘Reformasi Zaman Kanak-kanak’ bagi memastikan generasi masa depan tidak terdedah kepada masalah berpunca daripada penggunaan media sosial,” katanya.

Langkah itu, jelasnya, juga akan membantu melindungi generasi muda daripada tekanan berlebihan serta mempersiapkan mereka bagi masa depan yang seimbang.

Sementara itu, Caps turut mencadangkan kerajaan melaksanakan sesi persekolahan tunggal dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang bagi memastikan kanak-kanak sentiasa terlibat dalam pembelajaran teratur dan aktiviti sihat.