
SANDAKAN: Imunisasi lengkap penting bagi melindungi kanak-kanak daripada penyakit berjangkit yang boleh mengancam nyawa.
Justeru ibu bapa disaran memastikan anak-anak mereka menerima suntikan vaksin mengikut jadual.
Selaras dengan usaha itu Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Parlimen Sandakan merangkap Ahli Majlis Perbandaran Sandakan Tang Szu Ching bersama pasukan klinik bergerak dari Klinik Kesihatan Sandakan baru-baru ini turun padang ke Kampung Sim-Sim bagi melaksanakan pemberian vaksin campak dan rubela (MR) kepada kanak-kanak yang layak.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Program berkenaan diadakan bersempena Kempen Imunisasi Khas MR Kebangsaan (SIA) yang menyasarkan kanak-kanak berusia antara 6 hingga 59 bulan.
Menurut garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM) suntikan diberikan kepada kanak-kanak yang tidak pernah menerima vaksin MR/MMR/vaksin campak tunggal atau belum melengkapkan jadual imunisasi kebangsaan pada umur 6, 9 atau 12 bulan.
Tang berkata walaupun majoriti kanak-kanak di Malaysia telah menerima vaksin berkenaan namun masih wujud kes keciciran khususnya melibatkan keluarga berpendapatan rendah.
Oleh itu pasukan klinik bergerak menumpukan perhatian kepada kawasan terpilih bagi memastikan tiada kanak-kanak yang terlepas peluang mendapatkan perlindungan imunisasi.
“Demi kesihatan anak-anak petugas kesihatan mengambil inisiatif menghantar vaksin terus ke rumah dan memastikan setiap kanak-kanak mendapat perlindungan sewajarnya.
“Saya amat berterima kasih kepada petugas perubatan Klinik Kesihatan Sandakan atas kerja keras dan dedikasi mereka dalam berkhidmat kepada komuniti,” katanya.
