Cadangan jadikan troli pengangkutan rasmi

LocalPolitics
15 Aug 2024 • 3:47 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

Tenom: Cadangan untuk menjadikan troli sebagai pengangkutan selamat dikemukakan kepada Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS), kata Ahli Parlimen Tenom Riduan Rubin.

Cadangan itu bertujuan untuk menetapkan garis panduan keselamatan untuk penggunaan troli, khususnya sebagai pilihan pengangkutan alternatif bagi penduduk Kampung Pangi dan Rayoh, di sini.

Katanya, pada masa ini, Kampung Pangi dan Rayoh mempunyai dua jenis pengangkutan iaitu keretapi secara rasmi dan troli secara tidak rasmi.

Riduan, yang berjumpa dengan Pengarah JKNS baru-baru ini, mengiktiraf kewujudan dua jenis pengangkutan itu di kawasan Pangi.

SPONSORED CONTENT 40pc involves the Constitution: Hajiji Kota Kinabalu: The Sabah Government will not bow down from pursuing its 40% revenue entitlement, says Datuk Seri Hajiji Noor. Read more “Walaupun penggunaan troli mempunyai risiko keselamatan, kita tidak boleh menolaknya sepenuhnya. Malah, ia boleh menarik pelancong, seperti yang dilihat di negara lain,” kata Riduan pada pada Majlis Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) di Kampung Pangi, dekat sini, pada Selasa.

Menurut Riduan, JKNS merancang untuk membuat kerjasama dengan ketua kampung berkenaan dan JKNS sendiri akan mengawal selia penggunaan troli ini supaya penduduk kampung dapat mematuhi dari segi standard keselamatan.

“Matlamat kami adalah untuk menjadikan pengangkutan troli benar-benar selamat,” tambahnya.

Riduan juga menyentuh ketiadaan kemudahan klinik kesihatan di Pangi dan Rayoh.

“Ini saya sudah bentang dan berdebat di Parlimen dan kita juga sudah bawa pada Mesyuarat Tindakan Daerah, bahawa kawasan Pangi ini memerlukan Klinik Kesihatan,” katanya.

Jelasnya, Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) telah bersetuju untuk memberikan tapak untuk pembinaan bangunan Klinik Kesihatan di Kampung Pangi.

Terdahulu dalam ucapannya, Riduan menyeru masyarakat terutama golongan muda supaya bersyukur dengan kemakmuran dan keamanan yang dikecapi pada hari ini hasil perjuangan pemimpin terdahulu.

Beliau menekankan kepentingan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan yang berlandaskan Perlembagaan di negara ini.

“Hayatilah makna kemerdekaan dan Prinsip Rukun Negara yang menjadi asas kepada kemakmuran, keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Jainisiah Mohd Noor berkata, Sekolah Kebangsaan (SK) Pangi adalah “Check Point” atau destinasi yang ke-18 daripada 60 destinasi Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang di Sabah.

Katanya, Kampung Pangi dipilih sebagai salah satu destinasi konvoi kerana kampung inilah yang satu-satunya dihubungi melalui pengangkutan kereta api.

“Selain itu, kita juga memikirkan bahawa penduduk dan murid-murid di kampung terpencil ini juga perlu mendapatkan informasi dan dasar kerajaan,” katanya.

Konvoi itu melibatkan 14 kenderaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan terdiri daripada Jabatan Penerangan, RTM, Bernama, TM, Pos Malaysia, PDRM, JPJ, APMM, serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Namun untuk perjalanan ke destinasi Pangi, rombongan Konvoi Kembara itu menaiki kereta api.

Turut sama Pegawai Daerah Tenom Mas Syazwan Haji Massod dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Melalap Simon Mamat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.