Konsep PBS 2.0 inisiatif remajakan parti: Joniston

Politics
27 Jul 2024 • 3:27 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Joniston Bangkuai telah mencadangkan konsep PBS 2.0 sebagai visi jelas untuk masa depan parti.

Beliau berkata cadangan inisiatif ini perlu dilihat sebagai usaha baharu untuk meremajakan parti yang berusia 39 tahun dan mengubah persepsi PBS sebagai “parti orang tua”.

Ia harus dipandang sebagai parti yang mempelopori usaha menuntut hak-hak negeri seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan di dalam Perlembagaan.

“Kita harus memanfaatkan sejarah dan legasi PBS sebagai asas kukuh untuk memajukan dan mengembangkan lagi matlamat serta halatuju parti,” katanya.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Joniston berkata demikian semasa berkongsi pandangan beliau mengenai ‘The Way Forward For PBS’ di Seminar Platform Politik Anak Muda PBS, Khamis.

“Mungkin sudah tiba masanya kita mempertimbangkan PBS 2.0 sebagai daya usaha untuk benar-benar meremajakan parti supaya kekal relevan, dan memastikan kita tidak ketinggalan tetapi sebaliknya memimpin dalam amalan politik yang inovatif,” tambahnya.

Joniston turut mencadangkan agar Sayap Pemuda PBS menerajui usaha merangka strategi yang praktikal serta boleh dilaksanakan dengan objektif dan sasaran yang boleh dicapai dalam proses meremajakan parti.

“Sebagai pemimpin masa depan PBS, ahli sayap pemuda parti wajar berada di barisan hadapan dalam usaha mengukuhkan lagi parti dan menarik lebih ramai ahli, terutama di kalangan generasi muda,” katanya.

Beliau berpendapat bahawa konsep PBS 2.0 harus mewakili komitmen ahli terhadap pemodenan, keterangkuman, dan inovasi, sejajar dengan keperluan dan kepimpinan semasa.

Tambah beliau, inisiatif ini harus merangkumi strategi digital yang komprehensif, pemodenan strategi kempen, pemerkasaan belia dan wanita, dan yang paling penting, penglibatan generasi pengundi baharu.

“Saya melihat PBS 2.0 sebagai ‘call to action’ untuk semua ahli. Ia bukan sekadar pelan tetapi penggerak ke arah yang lebih cerah untuk parti kita, dan bagi saya, inilah ‘the way forward’ (pendekatan terbaik) untuk masa depan PBS,” kata Joniston.

Justeru itu, beliau menekankan pentingnya penyertaan aktif dari semua ahli untuk merealisasikan konsep ini di mana belia dan wanita boleh membantu merangka pelan pemodenan yang berkesan untuk parti.

Seminar ini dihadiri oleh ahli exco parti yang diketuai oleh Ketua Pergerakan Pemuda Pusat Christopher Mandut dan ketua-ketua pemuda bahagian.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.