Cadangan kembalikan keistimewaan bebas cukai Langkawi: 'Tak apa, itu boleh kita fikir' - Anwar

LocalBusiness & Finance
25 Sep 2026 • 9:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Cadangan kembalikan keistimewaan bebas cukai Langkawi: 'Tak apa, itu boleh kita fikir' - Anwar
Anwar (tengah) menyampaikan barangan kepada sebahagian penjaja pasar malam pada Program Usahawan Bangkit Madani peringkat Negeri Kedah di Dewan Kompleks Persekutuan Muadzam Shah. Foto Bernama

ALOR SETAR – Kerajaan Persekutuan bersedia mempertimbangkan cadangan mengembalikan keistimewaan bebas cukai Langkawi untuk membantu merancakkan semula kegiatan perniagaan di pulau peranginan berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu akan dipertimbangkan susulan titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang mahu kegiatan perniagaan di Langkawi kembali rancak.

Menurutnya, perkara berkenaan turut dibangkitkan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Seri Norizan Khazali pada majlis berkenaan.

“Datuk setiausaha kerajaan negeri sebut tadi pasal surat cukai Langkawi. Tak apa, itu boleh kita fikir.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah ada pesan, baginda nak angkat balik kegiatan perniagaan di Langkawi. Saya setuju, saya timbang,” katanya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Kedah di Dewan Kompleks Persekutuan Muadzam Shah di sini.

Sebelum ini, media melaporkan Sultan Sallehuddin pada Istiadat Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah bertitah supaya Kerajaan Persekutuan mengembalikan status Langkawi sebagai pulau bebas cukai dengan keistimewaan yang dinikmati sebelum ini.

Baginda bertitah, status Langkawi sebagai pulau bebas cukai masih kekal, namun beberapa keistimewaan yang sebelum ini dinikmati telah dikurangkan.

Antara perkara yang disentuh termasuk pelaksanaan kadar cukai terhadap kenderaan yang dihadkan, selain cukai terhadap produk berasaskan tembakau dan barangan lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved