Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 9:51 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

ALOR SETAR: Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbang cadangan mengembalikan keistimewaan status bebas cukai Langkawi bagi membantu merancakkan aktiviti perniagaan di pulau peranginan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu susulan titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang mahu kegiatan perniagaan di Langkawi dipertingkat.

“atuk Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Seri Norizan Khazali) sebut tadi pasal surat cukai Langkawi. Tak apa itu kita boleh fikirkan.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah ada pesan, dia nak angkat balik kegiatan perniagaan di Langkawi.

“Saya setuju, saya timbang,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Kedah hari ini.

Sultan Sallehuddin ketika Istiadat Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah bertitah supaya Kerajaan Persekutuan mengembalikan status Langkawi sebagai pulau bebas cukai dengan keistimewaan yang dinikmati sebelum ini.

Titah baginda status Langkawi sebagai pulau bebas cukai masih kekal, namun beberapa keistimewaan yang sebelum ini dinikmati dikurangkan.

Antara perkara disentuh termasuk pelaksanaan kadar cukai terhadap kenderaan yang dihadkan, selain cukai terhadap produk berasaskan tembakau dan barangan lain.

The post Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved