
TELUPID: Cadangan mekanisme pembayaran semula 40 peratus hasil Persekutuan di Sabah akan dibawa kepada Ketua Menteri untuk dibincangkan dalam Kabinet Negeri.
Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Datuk Ewon Benedick berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada Selasa ini (9 Januari) untuk mempersembahkan cadangan mekanisme tersebut.
Beliau berkata, cadangan tersebut diperolehi selepas mengadakan perbincangan meja bulat pada 19 Disember 2023 melibatkan pakar-pakar tertentu, termasuk bidang guaman, bekas majistret serta mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam perakaunan, percukaian dan pengauditan.

