
KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor (gambar) berkata jualan dagangan kredit karbon akan memberi manfaat kepada Sabah dari segi hasil tambahan.
Bagaimanapun, Perjanjian Pemuliharaan Alam Sekitar (NCA) menghadapi beberapa masalah teknikal walaupun Kerajaan Negeri tidak ada halangan untuk menjadikannya satu kenyataan.
“Belum lagi, kami masih berunding,” katanya ketika ditanya sekiranya perjanjian tersebut dibatalkan susulan kebimbangan yang disuarakan segelintir pihak, termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan, sehinggalah dua juta hektar hutan Sabah dipertimbangkan untuk NCA.
Pada Ogos, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemandu dan Pengurusan NCA berkata perjanjian dengan Hoch Standard Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura akan diteruskan.
SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more “Tetapi kita mesti mengikut peraturan… masih ada teknikal yang perlu dilaksanakan dan dipenuhi dari pihak kita,” kata Hajiji ketika ditemui pada majlis sambutan Krismas dan Tahun Baru Gabungan Rakyat Sabah (GRS) 2023 yang diadakan di ITCC di Penampang pada 29 Disember.
Perjanjian 100 tahun itu dilaporkan oleh Al-Jazeera membabitkan hutan bernilai $80 bilion dan ditandatangani oleh Kerajaan Negeri pada Oktober 2021.
Bekas Senator Adrian Lasimbang mencabar perjanjian itu di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 2022, dengan berkata pada pengetahuannya hutan simpan yang diwartakan tidak boleh dipertimbangkan untuk perdagangan karbon. Permohonan oleh Hoch Standard untuk membatalkan saman itu telah ditolak dengan kos.
Peguam Besar Sabah Nor Asiah Mohd Yusof juga berkata bahawa NCA “tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang” dan memberi jaminan bahawa tiada aktiviti perdagangan karbon boleh dilaksanakan tanpa persetujuan masyarakat asli yang terlibat.
Sementara itu, Hajiji yang merupakan Pengerusi GRS, mengalu-alukan kenyataan Presiden Upko Datuk Ewon Benedick baru-baru ini yang membayangkan “penyatuan parti-parti tempatan”.
Ewon turut mendoakan yang terbaik dalam rancangan penggabungan antara PBS dan STAR.
“Itu idea yang paling baik. Sudah tiba masanya untuk rakyat Sabah bersatu di bawah satu wadah tempatan di samping melindungi kepentingan negara. Ia penting untuk bersatu dan memberi tumpuan kepada pembangunan rakyat Sabah. Jangan kita terbawa-bawa dengan terlalu banyak berpolitik sehingga kita lupa keperluan asas rakyat,” kata Hajiji.
Mengenai acara itu, Hajiji berkata juga adalah penting untuk mengekalkan warisan unik Sabah iaitu suasana harmonis dalam masyarakat majmuk yang memberikan contoh kepada erti perpaduan.
“Meraikan perayaan yang berbeza bersama-sama adalah perkara biasa di Sabah. Malah ia diraikan bersama oleh banyak generasi. Semoga anak cucu kita meneruskan tradisi ini,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

