
SIPITANG: Adun Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mewujudkan pusat sehenti untuk mengendalikan peluang pekerjaan berasaskan industri.
Beliau berkata golongan belia menyuarakan kekecewaan mereka kerana terdapat pembekal tenaga kerja yang mengambil pekerja luar untuk bekerja di Sindumin, khususnya di daerah Sipitang.
“Saya dapati pembekal tenaga kerja ini bukan sahaja keterlaluan kerana mengambil orang luar, sekali gus mengetepikan rakyat tempatan, khususnya dari Sindumin,” katanya.

