Trans-Borneo: ‘Baik untuk ekonomi Sipitang’

4 Apr 2024 • 1:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SIPITANG: Cadangan pembinaan Kereta Api Trans-Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan akan memberikan impak pertumbuhan ekonomi kepada daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob yang menyambut baik cadangan itu berkata, ia disebabkan kedudukan Sipitang sebagai pintu masuk pengunjung dari Sarawak, negara Brunei dan Kalimantan Indonesia.

“Sebagai daerah terletak di sempadan, kawasan pertama di Sabah menerima pengunjung dari Sarawak, Brunei dan Indonesia… sudah tentu ia satu perancangan baik,” katanya ketika ditemui pada Program Iftar di Surau Kampung Lumut dekat sini, Rabu.

Beliau mengulas cadangan sebuah syarikat dari Brunei untuk membangunkan landasan itu membabitkan laluan 1,620 kilometer dalam dua fasa dan dilengkapi kereta api berkelajuan tinggi mencecah 350 kilometer sejam.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Beliau yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad (QSB) berkata, cadangan itu masih d iperingkat awal dan pihak syarikat dari Brunei ada berjumpa dengannya mengenai pembinaan landasan Trans-Borneo ini.

“Kita sedang berunding bagaimana untuk laksanakan landasan Trans-Borneo ini dan mengikut Menteri Kerja Raya, Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan khas untuk membuat kebolehlaksanaan cadangan ini.

“Pelaksanaan pembinaan landasan ini bukan biasa disebabkan keadaan geografi bumi Sabah dan Sarawak yang berbukit bukau, bergunung-ganang.

“Sudah tentu akan menelan belanja tinggi termasuk membabitkan pembinaan terowong, jambatan panjang dan pelbagai’kemudahan yang sudah tentu bukan mudah,” katanya.

Beliau berkata, perlu dimaklumkan juga apa bentuk koordinasi antara Sabah, Sarawak, Bunei dan Kalimantan sendiri supaya kesalinghubungan lancar.

“Sudah tentu ia membabitkan kos tinggi dan kita mahu tahu siapa akan menganggung kos ini samada Kerajaan Persekutuan atau Negeri atau melalui kaedah lain,” kata Yusof sambil menambah pembinaan landasan Trans-Borneo itu akan mengambil masa.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.