
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Siapa yang tidak gemarkan coklat Cadbury Dairy Milk bukan? Rasa coklatnya yang lemak berkrim terasa begitu sempurna ketika masuk ke mulut menjadikan Cadbury jenama coklat paling disukai di Malaysia.
Terbaharu Cadbury memberi nafas baharu kepada rasa ikonik Cadbury Dairy Milk dengan menghasilkan resipi baharu yang lebih kaya, berkrim dan penuh nikmat.
Bukan itu sahaja, pembaharuan ini turut menampilkan bar ‘King Size’ 200g dan bentuk ketulan baharu bagi memberikan lebih kepuasan dalam setiap gigitan.

Dihasilkan dengan penuh kasih sayang oleh lebih 250 para pekerja coklat di kilang Shah Alam, Cadbury Dairy Milk mencerminkan komitmen terhadap kualiti dan inovasi.

Kilang ini telah mendapat pensijilan Halal daripada JAKIM sejak 1994, dan sentiasa menepati piawaian keselamatan makanan dan kualiti tertinggi. Dengan sokongan inisiatif global ‘Cocoa Life’ Mondelēz International, ia juga mengangkat amalan lestari dengan pembungkusan boleh kitar semula, penggunaan tenaga boleh diperbaharui, serta sumber koko lestari.
Menurut Ketua Pemasaran Mondelēz International (Malaysia & Singapura), See Mei Sin, Cadbury Dairy Milk mempunyai sejarah dan tempat istimewa dalam hati rakyat Malaysia selama lebih 75 tahun.
“Ia telah menjadi sebati dengan kehidupan harian kita, serta membantu mengeratkan hubungan, meraikan detik istimewa, dan mencipta kenangan yang berkekalan. Sepanjang perjalanan ini, kami akan terus mendengar dan berkembang bersama pengguna kami. Hari ini, kami berbangga untuk meneruskan hubungan ini bersama peminat melalui pelancaran Cadbury Dairy Milk baharu yang lebih kaya dan pekat dalam setiap hidangan.”

Bukan sekadar coklat biasa
Semangat ‘Glass and a Half’ Cadbury berakar daripada nilai kemurahan hati dan falsafah untuk menyokong insan lain secara bermakna. Semangat ini dizahirkan menerusi pelbagai inisiatif seperti “For You I Would” dan “Cadbury Kuih Raya Dari Hati”.
Program amal “Kuih Raya Dari Hati” anjuran bersama Yayasan MyKasih, bertujuan memperkasakan wanita daripada komuniti kurang berkemampuan dengan menyediakan peluang untuk mereka menyerlahkan bakat, menjana pendapatan tambahan, serta membantu komuniti lain yang memerlukan sempena musim perayaan.
Sejak dilancarkan pada 2021, program ini telah berkembang menjadi satu gerakan nasional yang menyatukan sambutan kebudayaan dan impak sosial.
Pada 2024, ia diiktiraf oleh Malaysia Book of Records atas pencapaian menghasilkan 150,000 tart coklat Cadbury yang telah diagihkan kepada lebih 30 rumah kebajikan dan komuniti kurang bernasib baik menerusi Food Aid Foundation. Ia bukan sekadar sebuah usaha kebajikan, malah turut mencipta peluang pendapatan yang sebenar menjelang musim perayaan serta menyemarakkan semangat komuniti.
Cadbury Dairy Milk yang lebih kaya dan berkrim, termasuk bar ‘King Size’ 200g, kini boleh didapati di seluruh negara. Dengan resipi baharu serta misi untuk menyebarkan lebih keceriaan, Cadbury mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama jatuh cinta sekali lagi dengan coklat.
Selain itu, Cadbury Dairy Milk bakal membawa keceriaan ke seluruh negara dengan jelajah ‘Purple Truck’ yang berlangsung dari 1 Julai hingga 31 Ogos 2025.
Inisiatif yang mengujakan ini bertujuan merapatkan hubungan dengan komuniti serta meraikan keindahan momen-momen sederhana bersama coklat — melalui pelbagai aktiviti interaktif, snek lazat, dan pengalaman yang sukar dilupakan. Rakyat Malaysia boleh menantikan peluang untuk merasai kebaikan coklat Cadbury Dairy Milk yang kaya dan penuh nikmat, sambil menghayati detik kebersamaan di setiap lokasi persinggahan jelajah ini.
Untuk maklumat lanjut tentang produk dan aktiviti Cadbury Dairy Milk, sila layari laman Facebook rasmi Cadbiru Malaysia di sini.

