Cafe Menarik Best Untuk Lepak, Anda Perlu Singgah Di Lagom Coffee Metrocity

18 Nov 2023 • 2:53 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Cafe menarik di Kuching.

Cafe Menarik Best Untuk Lepak, Anda Perlu Singgah Di Lagom Coffee Metrocity. Buat anda di luar sana yang mencari cafe yang boleh dijadikan port lepak selesa, aesthetic dan menawarkan pelbagai sajian lazat, anda perlu singgah di Lagom Coffee di Metrocity, Kuching ini.

Merupakan antara cafe baharu di Kuching, Lagom Coffee menawarkan pelbagai jenis makanan dan juga minuman menarik yang semestinya enak untuk anda.

image is not available
Cafe Menarik Best Untuk Lepak, Anda Perlu Singgah Di Lagom Coffee Metrocity. Kredit gambar: I Love Borneo

image is not available
Kredit gambar: I Love Borneo

Antara menu makanan yang anda boleh cuba di sini adalah Creamy Buttermilk Chicken, Nachos Cheese, Spicy Chicken Ramen, Tuk Thai Pasta, Chicken Tom Yam with Rice, Mac & Cheese dan banyak lagi. Anda boleh menikmati pelbagai jenis hidangan Melayu dan Barat di sini.

Selain daripada menu makanan yang menarik, anda juga boleh menikmati minuman istimewa di sini seperti, Dirty Chai, Dolce Latte, Lotus Biscoff Latte, Hazelnut Choco, Tropical Pasiionfruit Lime, Dragonfruit Cheese Tea dan banyak lagi pilihan yang lain. Pelbagai jenis pencuci mulut juga ada banyak di sini!

image is not available
Kredit gambar: I Love Borneo

image is not available
Kredit gambar: FB LAGOM Coffee

image is not available
Kredit gambar: I Love Borneo

Menawarkan suasana kafe yang selesa, anda boleh lepak bersama rakan-rakan dan orang tersayang di Lagom Coffee, Metrocity ini.

Tunggu apa lagi jika anda inginkan cafe dengan vibes yang tenang, selesa dan ada menyediakan sajian enak, anda perlu singgah di Lagom Coffee ini.

Maklumat penting

Alamat: Ground Floor, Lorong Metro Height 1A7, Metrocity Matang Commercial, Kuching

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 11 pagi hingga 11 malam (kecuali Ahad tutup jam 10 malam)

Nombor telefon: 019-880 6882

Lagi port makan menarik di Kuching untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/port-nasi-briyani-paling-legend-di-kuching-nikmati-keenakan-sajian-istimewa-ini-di-buhari-cafe-satok/

https://www.iloveborneo.my/buat-geng-cari-port-lepak-dan-bersantai-the-brew-crew-kini-pindah-di-warung-gita/