Cahaya Berapi Di Langit Malaysia Mungkin Serpihan Teleskop NASA

LocalSpace
6 Nov 2026 • 1:57 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Cahaya Berapi Di Langit Malaysia Mungkin Serpihan Teleskop NASA

Kecoh di media sosial apabila cahaya berapi dengan ekor panjang kelihatan melintasi langit di beberapa negeri di Malaysia sekitar pukul 8.45 malam pada Rabu.

Fenomena luar biasa itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai, malah ada yang menyangka objek berkenaan merupakan meteor yang memasuki atmosfera bumi.

Namun, satu perkembangan daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pada hari sama mungkin memberikan petunjuk mengenai kejadian tersebut.

NASA mengesahkan sebuah teleskop angkasa miliknya, Neil Gehrels Swift Observatory, memasuki semula atmosfera bumi selepas hampir 22 tahun menjalankan misi penerokaan angkasa.

Menurut kenyataan agensi itu, Angkatan Angkasa Amerika Syarikat mengesahkan teleskop berkenaan memasuki atmosfera bumi pada pukul 7.39 pagi waktu Timur Amerika Syarikat, bersamaan 8.39 malam waktu Malaysia.

Kejadian itu berlaku di kawasan utara Sumatera, Indonesia, pada kedudukan kira-kira 3.4 darjah latitud utara dan 98.6 darjah longitud timur.

Baca juga:

NASA menjangkakan sebahagian besar kapal angkasa itu terbakar ketika melalui atmosfera, namun beberapa komponennya mungkin terselamat daripada proses kemasukan semula.

Untuk rekod, Swift dilancarkan pada 2004 sebagai balai cerap angkasa yang direka untuk mengkaji letusan paling kuat di alam semesta, dikenali sebagai letusan sinar gama.

Cahaya Berapi Di Langit Malaysia

Image from: Cahaya Berapi Di Langit Malaysia Mungkin Serpihan Teleskop NASA

Misi asalnya hanya dirancang selama dua tahun, namun teleskop itu berjaya meneruskan operasi saintifik selama lebih dua dekad.

Sepanjang tempoh tersebut, Swift membantu saintis mengkaji pelbagai fenomena angkasa, termasuk galaksi aktif, letupan bintang serta komet dan asteroid dalam sistem suria.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved