
PETALING JAYA:Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) mengesahkan menerima maklumat awal mengenai laporan penampakan cahaya terang di beberapa kawasan di ruang udara Malaysia pada malam kelmarin.
MOSTI dalam satu kenyataan berkata, penampakan cahaya terang ini turut dikaitkan dengan kemasukan semula (re-entry) dengan Satelit Balai Cerap Neil Gehrels Swift (Neil Gehrels Swift Observatory) milik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).
Bagaimanapun katanya, setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai penemuan sebarang serpihan objek disyaki objek angkasa seperti roket di darat atau perairan Malaysia.
“Pemantauan sedang dijalankan secara aktif oleh BPAngkasa dengan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan.
“Orang awam dinasihatkan agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa atau talian kecemasan 999 atau terus kepada BPAngkasa di talian 03-8885 8685 atau e- mel kepada bpadg@mosti.gov.my,” katanya hari ini. -UTUSAN
The post MOSTI sahkan terima laporan penampakan cahaya appeared first on Utusan Malaysia.


![[VIDEO] Tiada serpihan objek angkasa, roket ditemui di Malaysia](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/RUANG-UDARA-OBJEK-TULAR-VIRAL-1024x608.jpeg)

