Caj Perkhidmatan Bergerak Puspakom Naik Sekitar 10-20%

LocalBusiness & Finance
31 Mar 2025 • 5:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Mulai 1 April ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) akan menaikkan kadar caj baharu perkhidmatan bergerak sekitar 10 hingga 20 peratus .

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman,.

Bagaimanapun, kenaikan itu hanya membabitkan perkhidmatan Van Bergerak (MVS) dan Trak Bergerak (MTS).

Menurutnya pindaan kadar caj dibuat selepas pertimbangan menyelaraskan caj perkhidmatan dengan struktur kos masa kini.

image is not available

Difahamkan, pindaan kadar caj itu juga dibuat setelah kajian menyeluruh dijalankan bagi memastikan kelestarian perkhidmatan bergerak PUSPAKOM dapat dikekalkan untuk manfaat pelanggan.

"Pelanggan yang membawa kenderaan ke cawangan PUSPAKOM tidak akan terkesan dengan perubahan ini.

"Perubahan ini sejajar dengan peningkatan kos operasi perkhidmatan bergerak kami. Walau bagaimanapun fi pemeriksaan kenderaan kekal tidak berubah," katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan jadual caj baharu, perkhidmatan MTS bagi 50 kilometer (km) pertama dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM3,300, peningkatan sebanyak 10 peratus, manakala, caj MVS bagi 50km pertama naik 20 peratus, iaitu daripada RM100 kepada RM120.

Mahmood berkata kenaikan itu dapat memastikan kelangsungan perkhidmatan yang memberi kemudahan kepada pemilik kenderaan komersial dan persendirian untuk menjalani pemeriksaan di lokasi pilihan mereka.