“Caj RM6,000 sorang” – Remaja 17 Tahun Ditangkap, Bawa 25 PATI Dalam Vellfire Untuk Cari Kerja Di KL

3 Aug 2022 • 6:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Zaman sekarang ni, orang sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan duit.

Macam baru-baru ini, seorang remaja bawah umur telah ditangkap polis kerana membawa seramai 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) di dalam sebuah kereta Toyota Vellfire dari Kelantan ke Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai melalui kenyataan yang dikeluarkan di Facebook, perbuatan remaja ini berjaya dikantoikan selepas pihak polis yang membuat rondaan telah melihat kereta yang dipandu remaja berusia 17 tahun itu dibawa dalam keadaan mencurigakan.

Ketika dihampiri, kereta tersebut bertindak memecut laju dan enggan berhenti. Pihak polis telah mengejar kereta tersebut sebelum ia melanggar sebuah motosikal yang dibawa oleh pegawai polis di Jalan Selinsing dan terbabas.”

image is not available

Selain itu, remaja tersebut turut melanggar tiga kereta lain milik orang awam di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati remaja ini telah memandu MPV tersebut bersama 25 PATI termasuk enam wanita berusia dari 15 ke 39 tahun.”

image is not available

Tambah Beh, remaja tersebut mengatakan bahawa dia telah memandu dari Rantau Panjang ke Kuala Lumpur sejak jam 3 pagi semalam bagi membantu PATI yang dibawanya itu untuk mendapatkan pekerjaan.

Remaja ini telah mengenakan bayaran sebanyak RM6,000 kepada setiap seorang imigran yang dibawanya untuk tujuan tersebut.”

Untuk pengetahuan korang, seorang suspek yang duduk di bahagian penumpang hadapan telah berjaya melarikan diri dari tempat kejadian.

Kesemua suspek ini telah ditahan reman dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.