Cakap Indonesia bunyi KL, peminat backup Meerqeen -“Dia sahut cabaran”

Entertainment
31 May 2024 • 3:43 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Walaupun web series, Modus Operandi yang dibintangi pelakon popular, Meerqeen sudah lama ditayangkan di Indonesia, namun potongan video lakonannya masih menjadi perhatian apabila ada yang menyatakan dia cakap Indonesia bunyi KL.

“Pekat sangat KL tu”

Perkongsian yang dimuat naik oleh akaun X dikenali sebagai localrkyt telah menuai pelbagai maklum balas daripada netizen yang mungkin baru menonton web series berkenaan.

Meerqeen cakap Indonesia bunyi KL dalam web series

Dalam lakonan tersebut, pemilik nama sebenar, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23 bertutur dalam bahasa Indonesia namun masih jelas kedengaran bunyi ‘KL’ yang dimaksudkan oleh sesetengah netizen.

Ada juga yang menjadikan perkara tersebut sebagai satu gurauan termasuklah mempersoalkan mengapa perlu bertutur menggunakan loghat ‘sana’ sedangkan dia adalah rakyat Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu.

image is not available

 

Kenapa rasa macam kelakar bila dengar Meerqeen cakap Indonesia bunyi KL?

image is not available

Nampak macam pura2

image is not available

 

Cukup, kami malu

image is not available

Cerita tu dah lama, berjuta dah tengok

Namun begitu, masih ramai yang faham dan merasakan apa yang dilakukan Meerqeen adalah salah satu cara dia menyahut cabaran dalam dunia lakonan apabila keluar dari zon selesa dengan bertutur dalam bahasa luar.

Mereka juga merasakan percakapan pelakon yang bakatnya dicungkil dari program Hero Remaja itu sudah cukup baik memandangkan bahasa Indonesia bukanlah bahasa yang di pertuturkan saban hari.

image is not available

Okey la tu, orang sana cakap Melayu pun kita dengar pelik

image is not available

 

Ni namanya menyahut cabaran

image is not available

 

Sumber: X localrkyt