“Pekat Sangat KL Tu” – Berlakon Sinetron, Netizen Berdekah Dengar Merqeen Cakap Indonesia

Entertainment
31 May 2024 • 3:52 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
meerqeen sinetron

Populariti drama Melur Untuk Firdaus telah melonjakkan nama pelakon berbakat besar iaitu Meerqeen. Pelakon ini bukan hanya dikenali di Malaysia, dia juga mendapat tempat di hati penonton Indonesia.

Terbaru, Meerqeen mencuri tumpuan apabila muncul dalam web drama berjudul Modus Operandi di negara seberang.

Dalam video pendek itu, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen dilihat bertutur dalam bahasa Indonesia.

https://twitter.com/localrkyt/status/1796138941206151244

Pelbagai respon yang ditinggalkan netizen mendengar dialog yang diucapkan pelakon tersebut. Ada yang memuji, dan ada juga yang gelak berdekah menganggap slang KL masih kuat kedengaran.

image is not available

image is not available

Fuh sampai ke sinetron perginya Meerqeen! Difahamkan, Modus Operandi menjalani penggambaran selama seminggu di Jakarta dibintangi Krito Immanuel, Yusuf Mahardika, Diandra Agatha dan Maudy Effrosina.

Kredit: Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.