Callebaut lancar coklat inovatif bebas tenusu baharu di pasaran Malaysia

Food
20 Jun 2023 • 9:54 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Callebaut lancar coklat inovatif bebas tenusu baharu di pasaran Malaysia

zulfadli

20/06/2023 - 09:54

KUALA LUMPUR 20 Jun - Callebaut, pembuat coklat yang menjadi pilihan chef dan artisan coklat (pakar coklat buatan tangan) di seluruh dunia melancarkan coklat gourmet yang inovatif dan serba baharu, iaitu ruby RB2, NXT Dark dan NXT M_lk di Malaysia.

Rangkaian menyeluruh produk coklat Callebaut telah menetapkan piawaian industri dalam aspek cita rasa, seni pembuatan dan potensi kreatifnya, yang mana ia diperbuat daripada biji koko 100% lestari.

Pengarah Urusan Barry Callebaut Malaysia, Robert Kotuszewski berkata, langkah memperkenalkan Callebaut ruby RB2 dan NXT mencerminkan kebangkitan semula para pakar pembuat konfeksi coklat, chef pastri, artisan, hotel, restoran dan pengusaha katering di Malaysia.

Beliau berkata, rakyat Malaysia semakin menitikberatkan pengalaman menjamu selera yang unik dan juga kepentingan menjaga kesihatan dan kesejahteraan mereka.

Tambahan lagi katanya, lebih separuh daripada penduduk yang bekerja di Malaysia terdiri daripada Gen Z dan golongan milenial.

"Para pengguna muda ini mempunyai kuasa beli, tabiat menikmati snek dan citarasa yang berbeza.

"Justeru, saya teruja untuk melancarkan coklat RB2 dan NXT Dark dan M_lk generasi baharu coklat yang penuh inspirasi dan inovasi kepada pelanggan kami," katanya dalam kenyataan.

image is not available

Pakar coklat kelahiran Malaysia dan Ketua Cef Chocolate Academy Singapura, Cef Amanda Lim berkata, dalam dunia bakeri dan pastri, coklat ruby RB2 dan NXT Dark dan M_lk membawakan perubahan ketara yang menetapkan piawaian lebih tinggi dari segi inovasi dan pembuatan coklat bebas tenusu yang menambat hati dan juga selera.

"Saya teruja untuk melihat hasil ciptaan inovatif daripada produk-produk Callebaut baharu ini dan tidak sabar-sabar melihat segala peluang dan kemungkinan yang ditawarkannya kepada cef dan artisan di Malaysia," katanya.

image is not available

Callebaut telah mencipta kepingan coklat pertamanya pada 1911 dan mula mengeksport coklat Belgium terbaiknya pada 1950.

Terkenal kerana komitmennya kepada kualiti, kelestarian dan inovasi, Callebaut telah menjadi pilihan utama ramai cef, pakar pembuat konfeksi coklat dan artisan coklat di seluruh dunia. - DagangNews.com