Calon HARAPAN rancang buka pusat informasi, sebar inisiatif ditawar Kerajaan Negeri

3 Aug 2023 • 9:26 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OLEH SHAMZ JOHAN dan NINA FARZUIN MD SHAROM

AMPANG JAYA, 2 OGOS: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang merancang membuka kaunter pusat khidmat di beberapa kawasan bertujuan menguruskan keperluan masyarakat setempat.

Juwairiya Zulkifli berkata kaunter tersebut juga akan berfungsi sebagai pusat informasi untuk menyebarkan maklumat mengenai pelbagai bantuan ditawarkan Kerajaan Negeri.

Terdahulu, beliau meluang masa menziarah beberapa penduduk yang menghidap kanser paru-paru dan juga pesakit strok dalam program Ziarah Kasih di Jalan Enggang, Taman Keramat, di sini semalam.

image is not available
Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru, Mariam Abdul Rashid menyerahkan risalah kepada peniaga pada program walkabout di Pasar Malam Meru Indah pada 2 Ogos 2023. Foto NINA FARZUIN MD SHAROM/SELANGORKINI

Sementara itu, calon HARAPAN DUN Meru Mariam Abdul Rashid beliau akan memberi perhatian isu banjir dan lambakan warga asing yang menjadi keresahan penduduk jika dipilih dalam pilihan raya negeri (PRN).

“Isu banjir kilat di Meru ini sebahagiannya telah diselesaikan oleh Kerajaan Negeri.

“Dengan adanya tindakan dari Kerajaan Negeri ini, saya sangat yakin untuk mewakili dan bawa suara rakyat Meru untuk selesaikan masalah yang menjadi kembimbangan sebahagian pengundi di sini,” katanya.