Calon Pejuang mahu beri pilihan alternatif di Kalabakan

Politics
12 Nov 2022 • 5:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KALABAKAN: Calon Pejuang P.191 Kalabakan, Dr Nur Aini Abdul Rahman menawarkan diri bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana mahu memberi pilihan alternatif kepada rakyat Kalabakan, memandangkan kebanyakan calon bertanding adalah calon ‘kitar semula’.

“Pasukan kita sudah turun padang menemui rakyat dan banyak keluhan mereka yang perlu diambil perhatian. Kalau saya terpilih menjadi MP Kalabakan, sudah pasti saya akan sedaya upaya membantu orang-orang Kalabakan,” katanya.

Menurutnya, sebagai calon baharu dalam PRU15, misi partinya jelas iaitu untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan mensejahterakan masyarakat daerah ini.