Calon PH ada wibawa jaga kebajikan warga Seri Menanti

LocalPolitics
29 Jul 2026 • 8:50 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Calon PH ada wibawa jaga kebajikan warga Seri Menanti

KUALA PILAH – Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Menanti khususnya Ulu Bendul mempunyai potensi besar untuk dikembangkan sebagai destinasi pelancongan yang lebih menarik dan mampu menerima lebih ramai pengunjung.

Seorang peniaga, Adam Bahari, 62, berkata, Ulu Bendul sememangnya sudah dikenali dalam kalangan masyarakat, namun kemudahan serta persekitarannya perlu terus ditambah baik supaya kawasan berkenaan kekal menjadi pilihan pengunjung.

“Kalau Ulu Bendul dapat dicantikkan lagi, saya percaya lebih ramai orang akan datang dan boleh buka peluang perniagaan kepada penduduk. Kawasan ini ada potensi, cuma perlu diperbaiki dan dinaik taraf dari semasa ke semasa,” katanya.

Selain itu, dia berharap wakil rakyat yang dipilih kelak turut memberi perhatian lebih serius terhadap kebajikan, keselamatan dan kemudahan asas penduduk kampung.

Bagi mereka, kehadiran pe­mimpin bukan sekadar ketika musim pilihan raya, sebaliknya perlu diteruskan melalui ziarah, kunjungan dan tindakan menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat.

Adam yang sudah lebih 30 tahun menetap di kawasan tersebut berkata, untuk tempoh kempen pilihan raya berkenaan, beliau sering nampak calon turun ke surau berhampiran berikutan kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) terletak berhampiran.

“Bagi saya, apa yang lebih pen­ting ialah wakil rakyat yang diberikan mandat nanti membantu rak­yat dan perbaiki apa yang masih kurang. Penduduk mahu pemim­pin yang sering turun padang,” katanya.
Sementara itu, penduduk Kampung Tanah Liat, Mohd Sharif Mustafa, 80, berkata, masyarakat kampung mengha­rapkan calon yang memahami kehidupan penduduk luar bandar serta mengetahui keperluan sebenar mereka.

Menurutnya, penduduk akan menilai calon berdasarkan latar belakang, sikap serta keupayaan untuk membawa kebaikan kepada Seri Menanti, bukan semata-mata berdasarkan janji ketika berkempen.

“Kita orang kampung hanya berharap perkara yang baik. Pilihlah jalan yang betul dan utamakan keperluan kampung kerana masih banyak perkara yang perlu diberi perhatian,” katanya.

Mohd Sharif berkata, antara harapan utama penduduk Kampung Tanah Liat ialah pembinaan sebuah surau baharu bagi menggantikan surau sedia ada yang dipercayai telah berusia lebih 50 tahun.

“Kalau ada rezeki dan wakil rakyat baharu dapat membantu, kami mahu memohon sebuah surau baharu. Surau lama sudah terlalu lama dan bahaya untuk digunakan,” katanya.

The post Calon PH ada wibawa jaga kebajikan warga Seri Menanti appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved