Calon PH cadang AI selaras lampu isyarat Paya Rumput

LocalPolitics
6 Nov 2026 • 9:57 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Calon PH cadang AI selaras lampu isyarat Paya Rumput

MELAKA – Calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Azman Abidin mencadangkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk menyelaras lampu isyarat mengikut kepadatan trafik di kawasan itu.

Beliau berkata, kelebihan sistem itu ialah keupayaannya menentukan jumlah kenderaan dan aliran trafik di persimpangan memandangkan sistem sedia ada kini bergantung pada penderia atau sensor untuk mengesan kenderaan yang melaluinya.

“Teknologi ini bukan perkara baharu kerana beberapa negara maju sudah menggunakannya untuk mengawal lalu lintas dan pendekatan serupa wajar dipertimbangkan bagi Paya Rumput.

“Teknologi itu lebih mampu milik memandangkan pembinaan jejambat atau pelebaran jalan akan melibatkan kos tinggi dan mengambil masa,” katanya kepada Bernama.

Azman berkata, kesesakan trafik antara isu diberi perhatian memandangkan beliau sendiri perlu menempuh 13 lampu isyarat dalam perjalanan dari Alor Gajah ke Paya Rumput.

Beliau berkata, isu itu juga sering dibangkitkan penduduk setempat susulan pembangunan perumahan yang pesat sedangkan mereka masih bergantung kepada jalan utama yang sama.

“Perumahan di sini sudah terlalu banyak tetapi jalan raya yang sama, jalan utama masih sama. Saya percaya perancangan bandar juga perlu diteliti supaya rangkaian jalan raya dapat menampung pertambahan trafik seiring dengan pembangunan,” katanya.

Azman yang bertanding buat kali pertama pada PRN Melaka kali ini berdepan saingan tiga penjuru di Paya Rumput menentang Rafie Ahmad daripada Perikatan Nasional (PN) dan Abdul Rashid Abu Bakar daripada Parti Bersama Malaysia (Bersama). – BERNAMA

The post Calon PH cadang AI selaras lampu isyarat Paya Rumput appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved