Calon PN DUN Tioman Meninggal Dunia

Politics
19 Nov 2022 • 7:42 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Md Yunus Ramli meninggal dunia kira-kira 3.30 pagi ini di Hospital Rompin, Pahang. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman Md Yunus Ramli meninggal dunia kira-kira 3.30 pagi ini di Hospital Rompin, Pahang.

Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Rohimi Wan Daud kepada Bernama. 

Md Yunus, 61, daripada PAS yang sebelum ini pernah bertanding di kerusi sama pada PRU14 merupakan Ketua PAS Cawangan Sungai Puteri dan Pengarah 2 Jawatankuasa Pilihan Raya Kecil DUN Tioman.

Beliau juga merupakan bekas Timbalan Presiden Bola Sepak Daerah Rompin.

Hari ini adalah hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). 

Bagi PRU-15, DUN Tioman menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Md Yunus, Sulaiman Bakar (Bebas), Osman A. Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan) dan Datuk Seri Mohd Johari Hussain (Barisan Nasional). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved