Calon SPM terkandas di laluan banjir

2 Mar 2023 • 3:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available
Tangkap layar rakaman video tiga individu termasuk Suhaimizan yang terkandas di lokasi. - Foto ihsan penduduk

TAMPIN - Tiga individu termasuk seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 Sekolah Menengah Agama (SMA) Gemas di sini cemas apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terkandas di tengah laluan banjir pada pagi Khamis.

Pengerusi Gerakan Belia 4B Tampin, Suhaimizan Bizar, berkata, sebelum itu dia mengambil calon SPM iaitu seorang pelajar perempuan di Kampung Sungai Dua, Gemencheh sekitar jam 6.30 pagi.

Katanya, kemudian dia ke pusat pemindahan sementara (PPS) Felda Sungai Kelamah untuk mengambil seorang lagi calon SPM lelaki di PPS tersebut.

"Bagaimanapun, laluan yang sebelum ini boleh dilalui pacuan empat roda tiba-tiba tidak boleh dilalui iaitu di pertengahan jalan antara Taman Pinggiran Sungai Kelamah ke Felda Sungai Kelamah," katanya pada Khamis.

Ujarnya, tanpa berlengah dia segera menghubungi bilik gerakan sebelum mereka memaklumkan kejadian itu kepada pasukan penyelamat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan bomba.

"Alhamdulillah pasukan ATM datang dengan lori tiga tan dan kami selamat menghantar calon SPM berkenaan menduduki peperiksaan bagi kertas ekonomi pada jam 8.15 pagi tadi," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved