Calon Warisan labuan saksi perarakan Tokong Ting Ming Yan

Politics
6 Nov 2022 • 3:39 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

LABUAN: Calon kerusi Parlimen Labuan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) daripada Parti Warisan, Datuk Rozman Isli, memulakan kempen hari ini dengan menghadiri Perarakan Tokong Ting Ming Yan di Kampung Sungai Keling.

Hampir seribu anggota komuniti Cina menyertai perarakan tahunan itu.

Rozman, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen itu selama dua penggal bermula 2013, berdepan saingan enam penjuru.

Beliau ditentang lima calon lain yang terdiri daripada Datuk Bashir Alias (Barisan Nasional-Umno), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Perikatan Nasional-Bersatu), Datuk Dr Ramli Tahir (Pakatan Harapan-Amanah), Dayang Rusimah @ Raynie Datuk Mohd Din daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Datuk Seri Ramle Mat Daly (GTA-Pejuang).

Rozman berkata pendekatan kempen pada pilihan raya kali ini adalah berhemah tanpa penyebaran fitnah yang boleh menjejaskan perpaduan masyarakat berbilang kaum di pulau bebas cukai ini.

“Kempen fitnah tidak akan menjamin peralihan sokongan kepada calon-calon tertentu, malahan akan meracuni pemikiran masyarakat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Rozman berkata interaksi bersama rakyat berhubung isu semasa yang memberi kesan kepada kehidupan masyarakat diadakan setiap malam menerusi Facebooknya.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved