‘Calonkan lebih ramai wanita’

Politics
30 Oct 2022 • 12:54 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENAMPANG: Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Julita Majungki berharap parti politik memberi peluang kepada lebih ramai calon wanita bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Beliau berkata, inilah masanya untuk memilih calon wanita kerana jika mereka (calon wanita) menang semasa pilihan raya ini, ia boleh menyumbang kepada 30 peratus penglibatan wanita dalam kerajaan dan politik.

“Sudah tentu kita mahu melihat lebih ramai calon wanita pada pilihan raya ini bukan daripada satu parti sahaja, tetapi daripada semua parti yang bertanding untuk kerusi parlimen.