Caltex Malaysia lantik Leong Jee Wong sebagai Pengerusi Negara

LocalBusiness & Finance
12 Jan 2026 • 4:47 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Caltex Malaysia lantik Leong Jee Wong sebagai Pengerusi Negara image is not available haziq12/01/2026 - 16:47 Oleh HAZIQ HAKIMI haziq@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 12 Jan – Caltex Malaysia melantik Leong Jee Wong sebagai Pengerusi Negara yang baharu bagi menerajui fasa pertumbuhan seterusnya syarikat itu.

 

Beliau memiliki lebih 27 tahun pengalaman industri dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus Bahan Api dan Pelincir di Singapura, dengan menyelia saluran jualan.

 

Sementara itu, Jee Wong dalam kenyataan berkata, beliau berbesar hati untuk menerajui sebuah syarikat dengan mempunyai legasi kukuh serta pasukan yang berbakat.

 

Menurutnya, sepanjang tempoh bersama Caltex, beliau berpeluang berkembang melalui pelbagai peranan yang mencerminkan perjalanan dan kemajuan bersama syarikat dan beliau menantikan untuk meneruskan perjalanan tersebut serta mencipta impak positif kepada perniagaan dan komuniti.

 

Jee Wong menyertai Caltex pada 2005 dan menghabiskan hampir dua dekad membina kepakaran merentasi bidang jualan dan operasi. 

 

Pengalamannya meliputi pengurusan barangan, bahan api komersial dan industri, bekalan serta pengedaran produk, operasi terminal, dan jualan pelincir di seluruh rantau Asia Tenggara.

 

Beliau turut pernah berpangkalan di Malaysia sebagai pengurus serantau pengangkutan dan operasi dari 2017 hingga 2020, sekali gus memberikan pendedahan mendalam terhadap rantaian bekalan tempatan.

 

Menurut Jee Wong, pengalaman luas tersebut melengkapkan beliau dengan pemahaman kukuh mengenai pemacu nilai utama dalam industri tenaga, sekali gus membolehkan beliau memacu perniagaan ke hadapan. 

 

Katanya, walaupun Caltex telah berkembang menjadi organisasi yang lebih tangkas dan berstruktur ringkas, komitmen terhadap nilai teras kekal menjadi tunjang kepada operasi syarikat. - DagangNews.com

Terkini standard