
Viral nyanyian Calum Scott dan pemain Sape Sarawak buat netizen kagum
Calum Scott Nyanyi Lagu Berlatarkan Alat Muzik Sape’ Buat Netizen Malaysia Kagum. Satu hantaran tular di media sosial mengenai penyanyi terkenal antarabangsa, Calum Scott menyanyikan lagu berlatarkan alat musik Sape‘.
Melalui perkongsian di laman TikTok Fly FM Malaysia, penyanyi berusia 35 tahun itu dilihat menyanyikan lagu bertajuk ‘You Are The Reason‘ bersama pemain Sape‘ dari Sarawak.

Sehingga membuat netizen meremang bulu roma
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji penyanyi itu, malah ada yang menyatakan nyanyiannya yang merdu itu menyebabkan mereka meremang bulu roma.
Bukan itu sahaja, ada juga yang berharap agar Calum Scott akan menyanyikan lagu berlatarbelakangkan muzik Sape’ di Rain Forest World Music Festival yang bertempat di Sarawak.
Netizen beri reaksi positif dan kagum dengan nyanyian berlatarkan muzik Sape’
Bahkan, segelintir netizen turut menyatakan bahawa mereka kagum dan berbangga dengan artis atau pemain Sape’ tersebut kerana versi muzik ini kedengaran mahal dan tradisional.
Secara keseluruhannya, ramai yang memberi reaksi positif terhadap nyanyian Calum Scott bersama pemain Sape’ tersebut. Dalam pada itu, bukan netizen Sarawak sahaja yang memujinya, malah netizen dari Semenanjung turut kagum dengan nyanyian berlatarkan muzik Sape’ tersebut.
Thank you so so so much @Calum Scott for singing ‘You Are The Reason’ LIVE in our studio! The performance was absolutely magical especially with a Malaysian twist exclusively orchestrated by Sarawakian Sape artiste @Anderson Kalang ✨ #flyfmjokers #calumscottmalaysia
Untuk makluman, Sape’ adalah sejenis alat muzik tradisional yang berbentuk gitar yang berasal dari Sarawak dan Kalimantan iaitu tengah Kepulauan Borneo. Sape’ dibuat daripada kayu Adau yag banyak terdapat di Kalimantan serta menampilkan corak ukiran khas Suku Dayak.


