Cam Wajah Suspek Jadi Punca Sabari Baharom Dib*nuh – Ketua Polis Kedah

LocalPolitics
3 Oct 2024 • 3:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kes kehilangan pesara Felcra, Sabari Baharom, 62, sejak 4 September lalu akhirnya terungkai selepas penangkapan dua orang suspek lelaki warga tempatan.

Terdahulu, media melaporkan suspek yang ditahan pada Jumaat lepas telah mengaku mencampak mangsa ke dalam Sungai Padang Terap di Kubang Pasu dalam keadaan tangan diikat dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.

Sabari cam wajah suspek

Terbaharu, suspek mendedahkan niat mereka ingin menyamun namun wajah mereka telah dicam mangsa ketika kejadian, lapor Harian Metro.

image is not available

Disebabkan itu, suspek mengambil tindakan untuk mengikat tangan dan menutup mulut sebelum mencampakkan mangsa ke dalam sungai bagi menghapuskan bukti, kata Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh.

“Perbuatan mereka itu selepas mangsa cam wajah suspek menyebabkan mereka mengambil tindakan itu (membunuh),” katanya.

Bagaimanapun, sehingga kini mangsa masih gagal dijumpai dan usaha pencarian telah pun ditamatkan pada Rabu malam.

Menurut isteri mangsa, Subhiah Ruslina, dia difahamkan ketika kejadian, suaminya mahu membuang air kecil dan suspek membuka pintu kereta lalu mencampak mangsa dari Jambatan Kampung Empa.

Untuk rekod, operasi pencarian Sabari dilakukan selama tiga hari yang bermula Isnin lalu, meliputi radius 13 kilometer Sungai Padang Terap.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.