“Cameo paling mahal” – MrBeast Dedah Terima Bayaran RM1.15 Juta Hanya Untuk Ucap ‘Hi’

Entertainment
2 Oct 2022 • 12:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang kaki YouTube, nama YouTuber MrBeast mungkin bukanlah nama yang asing didengari. YouTuber ini sememangnya terkenal dengan video-videonya yang menelan belanja besar seperti video rekaan semula siri Netflix dari Korea Selatan, Squid Game yang dilaporkan menelan belanja lebih USD$3.5 juta (korang convert la sendiri kalau nak tahu berapa nilainya dalam Ringgit Malaysia).

image is not available

Oleh kerana reputasinya, tidak hairanlah jika MrBeast, 24, mendapat pelbagai tawaran daripada orang kenamaan dan beberapa jenama untuk menghasilkan konten buat mereka dan sebagai pulangannya, YouTuber ini akan dibayar dengan harga yang lumayan.

Baru-baru ini, MrBeast ada berkongsi bagaimana dia memperoleh bayaran sebanyak USD$250,000 (RM1.15 juta) hanya dengan membuat video pendek berdurasi satu minit untuk mengucapkan hai.

image is not available

Bercakap dalam satu sesi temu bual di The Joe Rogan Experience, MrBeast atau nama sebenarnya, Jimmy Donaldson berkata, tawaran itu datang kepadanya daripada seorang bilionair yang mahu ucapan hai berkenaan ditujukan buat anaknya.

Walau bagaimanapun, tawaran itu pada awalnya ditolak MrBeast sebelum dia sendiri meletakkan harga buat video pendek terbabit dan dipersetujui bilionair berkenaan.

Korang boleh tengok video temu bual tu kat bawah ni:

Reaksi peminat

Selepas temu bual terbabit dimuat naik ke internet, rata-rata peminat dan pengguna media sosial terkejut dengan bayaran tinggi untuk kerja yang disifatkan paling mudah di dunia itu.

Ramai juga yang berseleroh dengan mengiklankan diri mereka untuk mengucapkan hai pada sesiapa sahaja dengan bayaran lebih murah.

Sumber: @duckchainz

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.