“Campak Anak, Lepas Tanggungjawab. Ciri-Ciri Ibu Bapa ‘Rosak’..” – Status Instagram Rita Rudaini Tuju Untuk Siapa?

13 Oct 2023 • 2:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Aktres jelita Malaysia yang diminati ramai baru-baru ini, memuatnaik satu kenyataan di akaun Instagram yang membuat warganet tertanya-tanya untuk siapakah ia ditujukan.

Berdasarkan status tersebut, Rita berkata ciri-ciri ibu bapa ‘rosak’ adalah seperti mencampak anak, tak ambil tahu tentang kebajikan anak dan tidak bertanggungjawab sekaligus melepas tangan.

Itu lah ciri-ciri parents yang ‘rosak teruk’, yang jahat pada anak sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Bukan itu sahaja, Rita juga turut memuat naik di Instagram Story mengatakan bahawa ada pihak yang menyangka dirinya itu terlalu lantang apabila mempertahankan sesuatu.

Walau bagaimanapun, bila tindakanya itu dibuktikan betul, pihak tersebut malah turut meraikan kesenangan Rita. Perkara yang mungkin terjadi pada dirinya sendiri itu lah yang menimbulkan spekulasi dari netizen yang melihat.

Biarlah kita pegang watak jahat dari pegang watak baik tapi banyak muka.

image is not available

Hingga kini, ramai masih tidak tahu status tersebut ditujukan untuk siapa. Mungkinkah ia berkaitan dengan bekas suami ataupun hanya berkongsi pendapat semata-mata.

Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada patuan di bawah.

image is not available 3 months ago

"Seperti Mengungkit Saat Kita Tuntut Hak Kita.." - Rita Rudaini Luah Perasaan Di Instagram