[VIDEO] Sebak Lihat Anak Kecil Tercegat Lama Dalam Kedai Serbaneka, Ibu Tak Mampu Beli Mainan Sebab…

Entertainment
13 Oct 2023 • 12:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau boleh, ibu bapa ni akan bagi semua bahkan dunia sekalipun pada anak-anak. Namun, asbab keadaan yang tak mengizinkan, mereka terpaksa menolak beberapa permintaan kita demi kelangsungan hidup keluarga.

Macam baru-baru ni, viral satu video di TikTok menunjukkan seorang ibu berasa sedih kerana tak dapat beli mainan yang diidami anaknya di sebuah kedai serbaneka.

@hananahariss

Ko faham tak. Tak faham takpe. Sekarang ni aku elakkan pergi kedai kedai sebegini. Banyakkan duduk rumah Doakan saya dapat kerja baru. Kalau tak dapat swasta, gomen pon ok Edited: Assalamualaikum. Video anak saya ni da jadi salah faham. Saya cuma curhat je sebagai ibu yang da tak bekerja tak dpt da belikan dia mcm mcm lagi. Sebab papa dia tegas no mainan. Sebab mainan eco dia pon da banyak tak dimainnya. Biasalah ibu ibu ni kalau da tak kerja rasa sedih kecewa. Video ni saya amik suka suka je nak send kat group belah keluarga saya. Suami saya masih mampu jaga kami. Last cerita kat video ni iman dapat je beli mainan. Nenek belikan. Tq nenek time tu tak dan nak amik video dia #kisahiman #fyp #xyzbca

♬ original sound – Healing – DC ONLINE MARKETING

Menurut Anna Norzeha Md Nor, anak lelakinya itu merenung lama sebuah mainan di tingkat kedua kedai itu. Disebabkan itu, dia berasa pilu apabila melihat kelakuan anaknya itu.

“Masa ni ibu menangis sebab dah berhenti kerja… tak dapat belikan apa yang Iman (anak) nak. Dia tenung sahaja mainan kat atas tingkat tu.”

Tambahnya lagi, dia terpaksa berhenti kerja disebabkan perlu pulang ke kampung bagi menjaga ibu mentuanya yang kehilangan suami.

“Saya berhenti sebab arwah bapa mentua meninggal dunia dan mak mentua tiada teman di rumah… jadi suami sebagai anak sulung ajak saya balik kampung.”

Katanya lagi, dia mengalami kesukaran untuk belikan mainan kepada anaknya setelah berhenti kerja. Pun begitu, dia dah nasihat anaknya untuk tidak meminta mainan apabila berkunjung ke kedai.

Pada awalnya, anaknya susah nak terima namun, semakin lama dia seakan memahami keadaan ibunya yang hilang sumber pendapatan.

“Menangis juga tapi perlahan-lahan dia cakap nanti ibu kerja ibu belikan untuk Iman kan”

Menurut Anna, ibu mentuanya kini menetap bersama adik iparnya yang baru sahaja bersara pada September lalu. Disebabkan itu, dia dikatakan sedang mencari kerja semula sebagai pereka grafik dalam masa terdekat.

Sumber: mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.