“Camtu Je Kena Gula-gulakan”- Ramai Sifatkan Peniaga Jual Biskut 150g & Susu RM20 Mahal [Video]

LocalFood
26 May 2025 • 3:58 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sudah menjadi keutamaan buat semua peniaga makanan untuk sentiasa memastikan makanan yang dijual mempunyai kualiti yang bagus.

Malah ada juga yang menggunakan bahan asas yang mempunyai kualiti tinggi demi memberikan yang terbaik buat pelanggan mereka.

Namun apabila menggunakan bahan ‘premium’ sudah tentu harga jualan akan melambung.

Akan tetapi pengguna atau pelanggan di masa kini bijak dalam memberikan penilaian terhadap sesuatu produk yang mereka cuba khususnya makanan.

Peniaga disifatkan jual biskut dan susu pada harga yang mahal

Terbaharu, tular satu video memaparkan seorang peniaga biskut yang didakwa menjual makanan pada harga yang mahal.

Menerusi video yang dikongsikan di X, awalnya kelihatan seorang lelaki sedang menuang satu tong biskut ke dalam sebuah bekas besar.

Jelasnya biskut berkenaan dibuat sendiri dengan menggunakan bahan seperti coklat jenama Callebaut, serta mentega keluaran Lurpak.

Umum mengetahui kedua bahan ini merupakan antara bahan yang mahal serta mempunyai kualiti tinggi.

“Jadi bucket cookied on the go biasanya kita orang akan beri 150 gram. Awak nak susu apa? Kita orang ada fresh milk (susu segar) dan oat milk (susu oat). Kalau oat milk, tambah RM1,” jelasnya dalam video.

Tujuan buat Bucket On The Go supaya mudah untuk dimakan, jual RM20

Dalam video yang dikongsikan kedengaran perakam bertanya apakah tujuan mereka menjual ‘bucket cookies on the go’ berkenaan sebelum peniaga mengatakan ia mudah untuk dinikmati pelanggan.

Peniaga itu kemudiannya memaklumkan harga untuk biskut dan juga satu cawan besar susu tersebut adalah RM20.

Ramai persoal bukan guna susu segar dan sifatkan harga mahal

Video itu kemudiannya menjadi tular dan mendapat respon yang kurang memuaskan di kalangan pengguna X.

Ini kerana ada yang mempersoalkan peniaga kerana mendakwa susu yang digunakan adalah susu segar walhal pada kotak tersebut tertera susu berkrim.

Bukan hanya itu, ada juga yang mengatakan susu segar dan susu berkrim merupakan minuman yang berbeza.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat harga untuk biskut seberat 150g dan secawan susu adalah mahal.

Ada yang berpendapat lebih baik gunakan duit untuk beli makanan lain

Malah ada yang berpendapat adalah lebih baik menggunakan wang RM20 untuk membeli makanan lain yang lebih mengenyangkan.

Namun ada juga yang berpendapat sekiranya peniaga sememangnya menggunakan bahan yang disebut seperti coklat Callebaut dan Lurpak maka ia adalah berpatutan.

Selain itu ada segelintir berpendapat adalah lebih baik untuk membeli biskut daripada jenama terkenal seperti Famous Amos, Chipsmore dan sebagainya kerana rasa yang sudah tentu sedap.

“Susu segar tak sama dengan susu berkrim. Ini adalah iklan yang memberikan salah faham. Penjual ini sama ada

image is not available

“Tengok pun tahu bukan homemade.. Kalau homemade mana ada biskut semua sama saiz”

image is not available

“Bapak dia RM20. Beli Gepuk lagi kenyang dan murah”

image is not available