“Gaduh Dengan Bos Pasal Pensel” – Netizen Kongsi Antara Punca Kenapa Berhenti Kerja Yang Extreme

21 May 2025 • 6:14 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap mereka yang bergelar dewasa pastinya mempunyai impian-impian tertentu yang ingin digapai. Sebagai contoh aset seperti kediaman sendiri, kereta atau simpanan yang banyak.

Antara perkara lain yang dimahukan oleh orang ramai adalah tempat kerja yang mempunyai persekitaran baik, rakan sekerja yang tidak dengki, majikan yang memahami dan banyak lagi. Bak kata orang, pekerjaan yang kena dengan jiwa.

Tempat kerja yang baik ini bukan sahaja membuatkan anda bersemangat untuk mencari sumber rezeki halal, tetapi ia juga menjamin kesihatan mental serta emosi yang stabil.

Wanita Tanya Orang Ramai Sebab Kenapa Kasi Surat ‘Resign’

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads (nsyhrjml) apabila seorang wanita bertanya tentang pengalaman individu di luar sana semasa dalam proses berhenti dari sesebuah syarikat.

Setiap individu pastinya mempunyai faktor tertentu untuk mereka mengambil keputusan yang berat itu. Meskipun ramai yang tidak rela hati atau meninggalkan tempat kerja lama dalam keadaan terpaksa, tetapi mereka masih melakukannya bagi meneruskan kerjayanya di syarikat lain.

image is not available
Sumber: Pexels

“Saya bosan. Bagi tahu saya sebab paling gila kenapa korang berhenti kerja. Tak nak dengar pasal gaji rendah. Nak dengar benda epic macam, ‘Bos simbah kopi dekat muka saya’,” ujar wanita itu.

Ini Pengalaman Orang Ramai Berhenti Kerja Di Tempat Lama

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai tertarik dengan soalan itu dan berkongsi pengalaman dilalui di tempat kerja lama mereka.

Di sini kami kongsikan antaranya:

“Saya kena keracunan makanan hari tu. Jadi saya perlukan 10 minit untuk rehat kejap lepas makan ubat dan bos besar saya telefon cakap, ‘It is okay awak boleh balik dan berhenti terus’,” ujar seorang individu.

“Sebab bos tak datang melawat aku masa berpantang,” kongsi seorang netizen.

image is not available
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Selain itu, segelintir turut berkongsi pengalaman mengalami gangguan seksual oleh staf lain termasuk majikan.

“Bekas bos saya dan pasukan lain suka kasi ayat pelik. Komen payudara saya besar, cakap saya nak kahwin cepat sebab dah mengandung. Judge suami saya tanya kenapa saya pilih dia.

“Buat andaian suka makan tengahari seorang dan makan tengahari pun suka memandu sendiri dan bukan tumpang diorang,” kata seorang wanita.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Pexels

Malah ada juga sebab yang tidak disangka-sangka dan agak ‘rare’ dalam ekonomi masa kini.

“Tak buat cerita. Tapi sedar-sedar duit dah banyak. Kediaman bayar penuh dah ada dua, kereta tiga biji. Lepas tu saya berhenti. Dah nak masuk 18 bulan makan tidur tengok televisyen dan santai dekat rumah. Kalau nak tahu, umur saya dah nak masuk 50-an,” kata seorang pengguna Threads.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Pexels

Lebih mencuri perhatian apabila ada yang berhenti kerja semata-mata beberapa batang pensel.

“Gaduh dengan bos sebab dia tak setuju aku luluskan dan bagi pasukan di bawah aku pensel 2B dua batang,” jelas seorang gadis.

Bahkan ada juga yang berkongsi pengalaman yang dilalui oleh segelintir orang Islam ketika ini.

“Tak bagi solat. Yang tak bagi kebenaran tu Muslim,” jela seorang lelaki.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: Threads (nsyhrjml)

Source: