Pasaran PC global menunjukkan trend peningkatan apabila merekodkan jumlah penghantaran sebanyak 255,534 juta unit bagi tahun 2024. Canalys melalui laporan terkini menyatakan, ia meningkat sebanyak 3.8% berbanding tahun lepas. Ia juga meramalkan pemulihan pasaran PC pada tahun 2025 dengan menyatakan pembaharuan serta kemaskini ke Windows 11 sebagai pemacu utama. Selain itu disebabkan oleh trend teknologi semasa seperti kecerdasan buatan.

Mengulas berkaitan laporan tersebut Lenovo, HP dan Dell merupakan tiga pesaing teratas dalam pasaran PC. Lenovo menjadi peneraju dengan pertumbuhan purata tahunan sebanyak 4.9% dan penghantaran sebanyak 61,871 juta unit di seluruh dunia. HP pula di tangga kedua dengan penghantaran sebanyak 52,991 juta unit sepanjang tahun 2024.

Manakala Dell berada di tangga ketiga dalam senarai dengan jumlah penghantaran sebanyak 39,096 juta unit. Apple menduduki tangga keempat selepas menghantar sebanyak 22,820 juta unit, diikuti rapat oleh ASUS dengan penghantaran sebanyak 18,334 juta unit. ASUS bagaimanapun mempunyai pertumbuhan purata tahunan tertinggi dalam kalangan pengeluar dengan peningkatan tahun-ke-tahun sebanyak 11.0%.


