Jualan EV Melonjak 11 Juta di China Tahun Lepas

TechnologyCars
10 Jan 2025 • 12:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Percaya atau tidak, hampir 11 juta kenderaan tenaga baharu (NEV) telah dijual di China pada tahun lepas dimana ia menguasai pegangan saham sebanyak 47.9 peratus

Angka itu dikeluarkan Persatuan Kereta Penumpang China (CPCA) yang turut menunjukkan NEV telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.3% dalam pasaran berbanding tahun sebelumnya.

image is not available

Pencapaian terbaharu ini juga menetapkan paras tertinggi baharu sepanjang masa untuk jualan NEV di China, dimana pada tahun 2023, hanya 10.97 juta NEV terjual.

Di pasaran China, NEV terdiri daripada EV bateri (BEV), hibrid plug-in (PHEV), dan EV sel bahan api hidrogen (FCEV), manakala HEV dan hibrid ringan (MHEV) dilabelkan di bawah kategori enjin pembakaran dalaman.

Menerusi data sedia ada dari Januari hingga November 2024, pasaran automotif China menyaksikan lebih banyak pengambilan BEV berbanding dengan PHEV

Bagaimanapun, FCEV, masih belum mampu menguasai pasaran di China, kerana jualan mereka hampir tidak wujud di negara terbabit.

image is not available

Menurut CarNewsChina, jualan NEV penumpang di China pada Disember lepas berada pada paras tertinggi iaitu sebanyak 1.38 juta unit, meningkat 46% daripada tempoh yang sama tahun lepas dan 10% dari Nov 2024.

Ini juga menandakan bulan kelima berturut-turut NEV jualan berjaya mencecah paras 1 juta, manakala bahagian pasaran dihadkan pada 52.6% pada bulan ini sahaja.