Canalys kini telah mengeluarkan data untuk industri telefon pintar bagi tiga bulan April, Mei dan Jun, sekaligus memperlihatkan pasaran telefon pintar global menguncup 10% berbanding sebelum ini.

Samsung dilihat terus menerajui pasaran dengan pegangan sebanyak 21%, dan diikuti Apple ditangga kedua dengan pegangan sebanyal 17%. Xiaomi dan Oppo masing-masing mengikut rapat dibelakang.
Menariknya juga adalah pada tangga kelima merupakan sebuah kumpulan jenama baharu, iaitu Transsion. Transsion ini kini memegang pasaran sebanyak 9% pada peringkat global. Antara jenama dibawah Transsion adalah termasuk Tecno, Infinix, dan juga iTel.

Perkembangan Transsion dilihat sangat aktif di negara-negara membangun – apatah lagi dengan penawaran produk mereka dengan spesifikasi rendah dan pertengahan, pada harga kompetitif. Di Malaysia sendiri, Tecno dan Infinix agak aktif dalam pengenalan peranti masing-masing.

Mungkinkah dengan bulan-bulan menjelang tiba, Transsion akan memberikan persaingan kepada Oppo yang menduduki tangga ke-4 dengan pegangan sebanyak 10%?
