Aplikasi ChatGPT kini tersedia untuk pengguna Android, dua bulan selepas iOS

Digital
26 Jul 2023 • 3:08 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Setelah OpenAI melancarkan aplikasi telefon pintar ChatGPT untuk iOS pada Mei lalu, kini aplikasi tersebut tersedia untuk pengguna Android pula. Aplikasi ChatGPT untuk Android boleh mula dimuat turun di Google PlayStore bermula hari ini, tapi untuk negara yang terpilih dahulu.

Menurut hantaran di Twitter OpenAI, aplikasi ChatGPT untuk Android buat masa sekarang tersedia untuk Amerika Syarikat, India, Bangladesh dan Brazil dengan diperluas ke lebih banyak negara kemudian. Seperti iOS, mungkin ChatGPT untuk Android akan tersedia untuk pengguna Malaysia dalam masa 2 minggu akan datang.

Kedatangan versi Android ChatGPT adalah sesuatu yang boleh dijangkakan kerana OpenAI telah mengumumkan kehadirannya beberapa hari lepas serta membuka sesi pendaftaran untuk mereka yang berminat di Google PlayStore.

image is not available

Seperti versi iOS, pengguna boleh mendapatkan jawapan, nasihat dan sebarang respon berdasarkan arahan yang diberi. Walaupun boleh digunakan secara percuma, terdapat versi berbayar iaitu ChatGPT Plus yang menggunakan model bahasa GPT-4 dengan beberapa ciri tambahan.

[Sumber: The Verge]

Bacaan berkaitan