Canon EOS R100 Berharga Bermula RM2379 Di Malaysia

TechnologyDigital
31 May 2023 • 11:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bagi mereka yang baru mahu berjinak-jinak dalam bidang fotografi, Canon EOS R100 boleh dijadikan sebagai salah satu kamera nircermin terkini yang boleh dimiliki. Ia juga dilihat telah mula tersenarai menerusi laman web rasmi Canon Malaysia dengan harga bermula RM2,379 untuk tubuh sahaja.

image is not available

Kemudian meningkat kepada RM2,899 dengan lensa RF-S18-45mm f/4.5-6.3 IS STM yang disertakan bersama. Namun persoalan mula timbul mengenai ketersediaan produk apabila Canon dilihat sekadar menyenaraikannya sebagai produk akan datang.

image is not available

Kamera ini menggunakan sensor 24.2 MP ASP-C yang digabungkan dengan cip pemprosesan DIGIC 8. Seterusnya ia juga boleh digunakan bersama kanta di bawah siri RF dan RFS. Di samping turut menyokong kanta di bawah siri EF dan EFS apabila digunakan dengan adapter Canon EF-EOS R yang dijual secara berasingan.

image is not available

Rakaman video pula boleh dibuat sehingga 4K/60fps, dalam pada itu pilihan rakaman FHD masih disediakan. Sokongan autofokus yang pantas juga boleh dinikmati menerusi sistem Dual Pixel CMOS terbina yang juga bergantung sepenuhnya pada penstabilan elektronik. Sokongan bluetooth dan Wi-Fi terbina pula membolehkan pengguna berkongsi gambar secara terus ke media sosial.

image is not available

Kamera juga mempunyai sebuah skrin TFT LCD yang boleh dicondongkan sebesar 3-inci. Sementara itu EVF pula menggunakan skrin OLED dengan 2,360,000 titik. Sebagai tambahan sokongan kad memori tunggal SD-UHS tunggal, mikrofon dan input Micro HDMI turut disertakan.