Canon EOS R8 Mark II Disenaraikan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM6999

LocalDigital
28 Sep 2026 • 5:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kamera baharu Canon EOS R8 Mark II kini mula tersenarai di laman web rasmi Canon Malaysia bersama harga jualan tempatan.

Image from: Canon EOS R8 Mark II Disenaraikan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM6999

Kamera ini ditawarkan pada harga bermula RM6,999 untuk badan sahaja. Canon turut menyediakan beberapa pakej lain termasuklah dengan lensa RF24-50mm f/4-8.1 IS STM pada harga RM7,699. Pakej bersama lensa RF24-105mm f/4-7.1 IS STM pula berharga RM8,598 manakala pakej dengan lensa RF45mm f/1.2 ditawarkan pada harga RM8,579. Menurut maklumat rasmi, kamera ini boleh mula dibeli dengan penghantaran dijadualkan bermula 24 Oktober 2026.

Image from: Canon EOS R8 Mark II Disenaraikan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM6999

Canon EOS R8 Mark II ialah kamera nircermin bingkai penuh yang dilengkapi sensor 24.2MP bersama pemproses DIGIC X. Ia menggunakan Dual Pixel CMOS AF II serta hadir dengan teknologi IBIS yang mampu mengurangkan gegaran sehingga 7.5 stops. Kamera ini boleh mengambil gambar sehingga 40 fps dan menyokong rakaman video 4Kp60 (6K oversampled) dengan Canon Log 3.

Tubuhnya kini lebih berkotak dengan berat sekitar 546g serta mempunyai ciri kalis air dan debu. Skrin terbina pula menggunakan EVF OLED 2.36 juta titik dan skrin LCD 3″. Fungsi tambahan lain disediakan termasuk mod automatik, Creative Assist, Scene modes, Color Filters serta simulasi 16 jenis filem dengan dua formula baharu iaitu NegativeFilmtone dan PositiveFilmtone.

Image from: Canon EOS R8 Mark II Disenaraikan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM6999

Sumber – EOS R8 Mark II

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved