Canon lancar platform beli-belah dalam talian bagi tingkatkan pengalaman pelanggan dan kebolehcapaian produk
zulfadli
21/08/2023 - 17:01
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Canon Marketing Malaysia melancarkan E-Store sebagai platform beli-belah dalam talian bersepadu yang menawarkan kemudahan dan ketersediaan sepanjang masa sekali gus membawa rangkaian produk Canon lebih dekat kepada para pelanggannya.
E-Store baharu ini membawa perubahan kepada cara pengguna mengakses produk Canon kerana pembeli dalam talian kini boleh membeli rangkaian penuh kamera, kanta, pencetak dan pelbagai produk terbaharu syarikat ini dari satu tempat.
Pembeli dalam talian boleh membeli produk Canon tulen dengan mudah kerana kedai ini beroperasi 24/7 dan turut menawarkan khidmat penghantaran depan pintu.
E-Store ini juga menyediakan waranti selepas jualan dan jaminan kualiti tanpa kompromi. Semua kaedah pembayaran utama termasuk kad kredit, perbankan dalam talian dan Touch 'N Go diterima demi kemudahan pengguna.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia, Shunji Yoshikai berkata, pihaknya teruja untuk mengambil langkah yang penting ini ke alam digital untuk mendekati pelanggan dengan lebih lanjut dan membolehkan mereka mengakses produk termaju Canon dari keselesaan rumah masing-masing.
"Komitmen kami kepada pelanggan seperti yang terkandung dalam slogan korporat kami, 'Delighting You Always,' tercermin melalui kedai dalam talian terbaharu ini yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti bagi memastikan kepuasan pelanggan dalam kalangan komuniti pengguna setia Canon," katanya dalam kenyataan media di sini.
E-Store ini menampilkan rangkaian penuh produk Canon daripada pencetak inkjet dan laser yang bersesuaian untuk pejabat rumah serta perusahaan kecil hingga sederhana kepada kamera gred profesional yang memenuhi keperluan peminat termasuk golongan profesional.
Diskaun eksklusif sehingga 43% buat beberapa pencetak dan kamera terbaharu Canon akan ditawarkan di E-store untuk masa yang terhad sahaja.
Dengan pembelian model kamera serta pencetak terpilih dalam talian, pembeli akan menerima barangan Canon seperti pelindung matahari, buku nota dan topi EOS R yang sangat sesuai untuk mempamerkan minat mereka terhadap jenama tersebut.

Kempen ini akan bermula dari pukul 3 petang pada 22 Ogos 2023 dan berakhir pada 3 petang pada 25 Ogos 2023.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang pelancaran E-Store Canon dan tawaran inovatifnya, sila layari https://store.my.canon/ atau ikuti kami di Facebook dan Instagram. - DagangNews.com


